Jumat, 20 Desember 2013

SKMM siasat penyanyi popular isu siaran RFM

Malaysiakini  Apr 2 2013



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam memanggil seorang penyanyi dan komposer lagu popular, Yasin Sulaiman sebagai saksi bagi menyiasat stesen Radio Free Malaysia (RFM) yang didakwa beroperasi tanpa lesen.

Peguam Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, saksi berkenaan sebelum ini tampil sebagai tetamu dalam satu program yang disiarkan RFM.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan tujuan sebenar siasatan tersebut.
concert yasin bukit gantang"Dia (Yasin) dipanggil SKMM hari ini (semalam) untuk siasat satu laporan yang dilakukan terhadap RFM Yasin pada 25 Mac lalu ditemuramah bersama radio tersebut berkaitan lagu Reformasi.

"Disebabkan temuramah itu, dia dipanggil sebagai saksi kerana pada pandangan saya, terdapat kemungkinan SKMM bercadang ambil tindakan terdapat radio itu kerana bersiaran tanpa lesen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Menurut Shamsul lagi, pegawai SKMM itu mengajukan beberapa soalan, termasuk berhubung lagu Reformasi ciptaan penyanyi tersebut ketika siasatan selama lebih dua jam bermula 3 petang.

Malah, pegawai SKMM itu turut merakam keterangan beliau sebagai peguam yang mengiringi saksi tersebut, katanya.

"(SKMM) juga dirakam keterangan saya. Tetapi tiada sebarang maklumat yang diberikan.

"Pada saya ini adalah usaha untuk sekat kebebasan maklumat sempena pilihan raya. Tindakan yang cuba dilakukan ini menjadikan kebebasan media di Malaysia lebih parah dari Burma," katanya lagi.

RFM memulakan siaran sulung mereka pada malam 25 Mac lalu dengan menyiarkan wawancara dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RFM yang memancarkan siaran melalui gelombang MW 1,359kHz diusahakan pihak sama di belakang stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak.

Stesen radio itu merancang untuk beroperasi bermula jam 9 malam sehingga 11 malam dalam bahasa Melayu.

Stesen radio berkenaan juga boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1-800-815-309, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Anwar.

0 komentar:

Posting Komentar