Selasa, 24 Desember 2013

Kerana Bisnes Kelab Malam Awie Dikecam!


http://2.bp.blogspot.com/-jKHGXI2Iblw/UQE5T1wrxKI/AAAAAAAAbRM/xOmAEHmirog/s400/awie.jpgTindakan penyanyi rock terkenal tanah air, Awie, menubuhkan perniagaan kelab malam yang beroperasi di Ipoh, Perak, mendapat reaksi negatif dalam kalangan peminatnya.
Ramai yang mempersoalkan penglibatan Awie dalam bidang tersebut kerana bertentangan dengan hukum agama. Tampil membela diri, Awie berkata, masyarakat harus bersikap lebih terbuka dengan perniagaannya itu sementelah dia melabur wang yang banyak untuk bisnes tersebut.
Kritikan itu juga tidak menghalang vokalis kumpulan Wings itu mengembangkan lagi kelab malamnya itu, Malai Rock Station, di Kuala Lumpur, Pahang dan Johor.
Menurut Awie, perniagaan tersebut bukanlah perkara baru dan ramai orang Melayu sudah berkecimpung.
sumber

0 komentar:

Posting Komentar