Sabtu, 21 Desember 2013

RCI Sabah diberitahu sindiket jual IC diketuai orang JPN dapat RM11juta


February 22, 2013
KOTA KINABALU, 22 Feb — Sindiket melibatkan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapat RM11 juta hasil daripada penjualan kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) diberitahu hari ini.

Pegawai Polis Kanan Cawangan Khas (SB) Ahmad Fauzan Mohamad juga berkata hari ini tiada seorang pun daripada 94 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang 1995-2001 kerana penglibatan mereka dalam sindiket, didakwa di mahkamah.

“Dianggarkan lebih kurang RM11 juta dikumpulkan hasil dari tindakan ini,” kata Ahmad Fauzan semasa RCI di sini hari ini.
Ahmad Fauzan, yang bertugas di jabatan polis bahagian keselamatan, sindiket dan penyeludupan manusia di Kuala Lumpur juga menegaskan sindiket itu hanya didorong oleh keuntungan kewangan, dan bukan atas sebab-sebab politik.
“Saya tidak ada sebab untuk melihat motif lain kerana keuntungan kewangan sudah ada,” katanya.

0 komentar:

Posting Komentar