Selasa, 17 Desember 2013

Penggali kubur terima nasihat dewa kematian




WONG SHUN FENG (kanan) menggali sebuah kubur lama 
di Singapura baru-baru ini.





SINGAPURA - Seorang penggali kubur di sini, Wong Shun Feng menyatakan pengalaman melihat hantu, mengalami fenomena luar biasa dan dinasihati dewa-dewa merupakan sebahagian asam garam dalam pekerjaannya.
Dikenali dengan panggilan Tua Ya Pek iaitu nama dewa kematian di kalangan rakan-rakannya, Shun Feng bertugas memindahkan mayat ke kawasan perkuburan baru di negara itu bagi memberi ruang pada pembangunan.
Bagaimanapun, menurut Shun Feng, 53, kerja menggali kubur menjadi sukar kerana roh si mati enggan berpindah dan tidak mahu jasad mereka diganggu.
"Hantu sama seperti manusia. Mereka juga memiliki perasaan. Bagaimana emosi anda jika terpaksa berpindah selepas tinggal di sesuatu tempat selama 50 tahun?" soalnya.
"Pernah sekali, sebatang pokok berhampiran sebuah kubur yang saya gali bergoncang walaupun tiada angin bertiup dan tangan kiri saya pernah lumpuh seperti mayat selepas mencarut di kawasan kubur," tambah lelaki itu.
Bagaimanapun, dia yang mempunyai pengalaman menggali kubur selama 30 tahun mengakui tidak gentar berdepan fenomena itu kerana percaya bahawa hantu dan roh jahat tidak dapat menjejaskan individu yang berniat baik sepertinya. - Agensi

0 komentar:

Posting Komentar