Tampilkan postingan dengan label kematian. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kematian. Tampilkan semua postingan

Jumat, 31 Januari 2014

Kematian Dharmendran akibat dipukul bukan penyakit semulajadi kata pakar patologi

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 01, 2013
PETALING JAYA, 1 Jun —  Kematian menyayat hati N. Dharmendran ketika dalam tahanan polis disahkan pakar perubatan forensik berpunca daripada akibat dipukul dan bukannya penyakit semulajadi.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berdasarkan laporan bedah siasat percaya kematian Dharmendran, 31, berpunca daripada pukulan berterusan yang diterima mendiang, daripada objek tumpul, serta tidak menolak kemungkinan mangsa berada dalam keadaan bergari dan tidak berdaya mempertahankan diri ketika dipukul.

“Tiada penyakit semulajadi yang dijumpai dalam tubuhnya yang menyebabkan punca kematian ... bedah siasat mendapati mendiang mempunyai kesan lebam akibat objek tumpul di tubuhnya,” kata laporan yang diedarkan kepada media ketika sidang media oleh Naib Presiden PKR di sini.
“Kecederaan diakibatkan oleh objek tumpul dan kecedaraan juga adalah kesan baru,” kata laporan bedah siasat itu lagi.

Laporan berkenaan turut mendedahkan Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan di seluruh tubuh badan termasuk juga kesan kecederaan akibat dawai kokot di kedua-dua cuping telinganya.TMI

Selasa, 17 Desember 2013

Penggali kubur terima nasihat dewa kematian




WONG SHUN FENG (kanan) menggali sebuah kubur lama 
di Singapura baru-baru ini.





SINGAPURA - Seorang penggali kubur di sini, Wong Shun Feng menyatakan pengalaman melihat hantu, mengalami fenomena luar biasa dan dinasihati dewa-dewa merupakan sebahagian asam garam dalam pekerjaannya.
Dikenali dengan panggilan Tua Ya Pek iaitu nama dewa kematian di kalangan rakan-rakannya, Shun Feng bertugas memindahkan mayat ke kawasan perkuburan baru di negara itu bagi memberi ruang pada pembangunan.
Bagaimanapun, menurut Shun Feng, 53, kerja menggali kubur menjadi sukar kerana roh si mati enggan berpindah dan tidak mahu jasad mereka diganggu.
"Hantu sama seperti manusia. Mereka juga memiliki perasaan. Bagaimana emosi anda jika terpaksa berpindah selepas tinggal di sesuatu tempat selama 50 tahun?" soalnya.
"Pernah sekali, sebatang pokok berhampiran sebuah kubur yang saya gali bergoncang walaupun tiada angin bertiup dan tangan kiri saya pernah lumpuh seperti mayat selepas mencarut di kawasan kubur," tambah lelaki itu.
Bagaimanapun, dia yang mempunyai pengalaman menggali kubur selama 30 tahun mengakui tidak gentar berdepan fenomena itu kerana percaya bahawa hantu dan roh jahat tidak dapat menjejaskan individu yang berniat baik sepertinya. - Agensi