Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014

Disebalik isu kalimah ‘Allah’ Vatican mahu hubungan baik dengan masyarakat Islam di Malaysia

January 27, 2013

Gambar fail Reuters Paus Benedict XVI.
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Vatican berharap dapat memperkukuhkan hubungan Gereja Katolik dengan masyarakat Muslim di Malaysia, menurut laporan The Wall Street Journal, walaupun keduanya masih bertikam lidah mengenai isu kalimah "Allah". 
Dalam artikel Jumaat lalu, Uskup Agung Joseph Marino, duta Vatican pertama ke Malaysia, meluahkan keinginan dari Holy See semasa temubual pertama dalam negara selepas menjawat jawatan tersebut.

"Tidak ada sebarang syak lagi, kami selama ini mahukan perhubungan antara agama," kata Uskup Agung Marino, yang berasal dari Birmingham, Alabama, dilaporkan oleh WSJ.
"Pope Benedict XVI menerangkan fokus dan prioriti misi kita, iaitu dialog, yang menjadi hasrat hati setiap individu."

Duta Vatican itu berkata tanggungjawabnya ialah memastikan gereja di Malaysia memenuhi misinya, dalam masa sama "mempunyai minat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik dalam negara."Artikel itu menyebut walaupun umat Islam dan Kristian tinggal bersama secara harmoni selama berdekad, namun, ketegangan ini timbul berikutan perbalahan mengenai isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Injil.

Pemimpin agama Islam, termasuk Sultan Selangor dan badan penguatkuasa Islam peringkat persekutuan mengatakan perkataan "Allah" ekslusif untuk Tuhan penganut agama Islam.
Tetapi Kristian dari pelbagai mazhab dan orang bukan Islam lain termasuk Sikh tidak bersetuju kerana berkata perkataan tersebut digunakan oleh mereka sejak dahulu.

WSJ juga menulis tentang gereja Protestan yang dibakar pada 2010, selain gereja lain dirosakkan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pada 2009 bahawa umat Islam tidak mempunyai hak ekslusif untuk perkataan "Allah".
Empat tahun kemudian, isu ini ditimbulkan selepas setiausaha agung DAP membangkitkan isu ini dalam perutusan Hari Krismas tahun lalu.

Pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali mencetuskan kemarahan orang bukan Islam apabila minggu lalu beliau mengatakan umat Islam perlu membakar kitab Injil yang berbahasa Malaysia menggunakan perkataan "Allah" dan kalimah Arab lain.
WSJ melaporkan bahawa Roman Katolik mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur awal tahun ini kerana penduduk negara ini mencecah hampir sejuta orang penganutnya, iaitu hampir keseluruhan masyarakat Kristian di Malaysia.

"Ini adalah langkah pentabdiran Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak selepas menerima tekanan dari orang ramai terutamanya Kristian dalam menjelang pilihan raya umum, yang perlu dilangsungkan pada 27 Jun," kata akhbar tersebut.
Pope Benedict XVI melantik uskup agung itu menjadi apostolik nuncio - atau duta ke Malaysia pada 16 Januari, selepas Kuala Lumpur mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatican pada 2011. TMI

Jumat, 20 Desember 2013

SKMM siasat penyanyi popular isu siaran RFM

Malaysiakini  Apr 2 2013



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam memanggil seorang penyanyi dan komposer lagu popular, Yasin Sulaiman sebagai saksi bagi menyiasat stesen Radio Free Malaysia (RFM) yang didakwa beroperasi tanpa lesen.

Peguam Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, saksi berkenaan sebelum ini tampil sebagai tetamu dalam satu program yang disiarkan RFM.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan tujuan sebenar siasatan tersebut.
concert yasin bukit gantang"Dia (Yasin) dipanggil SKMM hari ini (semalam) untuk siasat satu laporan yang dilakukan terhadap RFM Yasin pada 25 Mac lalu ditemuramah bersama radio tersebut berkaitan lagu Reformasi.

"Disebabkan temuramah itu, dia dipanggil sebagai saksi kerana pada pandangan saya, terdapat kemungkinan SKMM bercadang ambil tindakan terdapat radio itu kerana bersiaran tanpa lesen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Menurut Shamsul lagi, pegawai SKMM itu mengajukan beberapa soalan, termasuk berhubung lagu Reformasi ciptaan penyanyi tersebut ketika siasatan selama lebih dua jam bermula 3 petang.

Malah, pegawai SKMM itu turut merakam keterangan beliau sebagai peguam yang mengiringi saksi tersebut, katanya.

"(SKMM) juga dirakam keterangan saya. Tetapi tiada sebarang maklumat yang diberikan.

"Pada saya ini adalah usaha untuk sekat kebebasan maklumat sempena pilihan raya. Tindakan yang cuba dilakukan ini menjadikan kebebasan media di Malaysia lebih parah dari Burma," katanya lagi.

RFM memulakan siaran sulung mereka pada malam 25 Mac lalu dengan menyiarkan wawancara dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RFM yang memancarkan siaran melalui gelombang MW 1,359kHz diusahakan pihak sama di belakang stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak.

Stesen radio itu merancang untuk beroperasi bermula jam 9 malam sehingga 11 malam dalam bahasa Melayu.

Stesen radio berkenaan juga boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1-800-815-309, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Anwar.