Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

Seorang Gadis di China Jual Pelukan Demi iPhone 5 Video




Kaum muda di China termasuk penggila produk Apple, mereka bersedia melakukan apa saja untuk memilikinya. Jika sebelum ini seorang pemuda di China rela menjual ginjal demi mendapatkan iPad dan iPhone, maka kali ini seorang gadis mungkin menggunakan cara yang lebih bijak?

Di Xiamen, sebuah kota besar di tenggara China, seorang gadis berpakaian gaun hitam dan mengenakan sepasang kacamata hitam sedang berdiri di jalan yang penuh dengan orang ramai. Ia memegang tanda yang bertulis “10 yuan untuk pelukan, untuk mengumpulkan wang demi iPhone 5”.

Gadis itu berjaya menarik perhatian dan dengan cepat dikelilingi pejalan kaki di situ. Dalam waktu sekitar 10 minit ia kelihatan memeluk tiga orang dan seorang pemuda yang mengambil gambar dengannya, kerana ia merasa malu untuk memberinya pelukan.

Berapa lama ia akan mengumpulkan Wang tersebut? kelihatan seperti agak lama, harga yang ditawarkan oleh Apple untuk iPhone di China dimulai pada harga 5.288 yuan (US $849). Ini bermakna dia masih perlu 529 pelukan lagi untuk mencapai tujuannya.

Peristiwa ini menjadi topik pembicaraan yang hangat di jejaring sosial China. Netizen mengutuk gadis itu kerana terlalu materialistik, perlakuannya mungkin akan menjadi contoh buruk bagi anak-anak muda. Tidak peduli apa yang diperlukan, tentu ada cara yang lebih baik dan lebih bagus untuk mengumpulkan wang demi membeli iPhone, daripada menjual organ tubuh, menjajakan seks dan aksi tidak bermoral lainnya.

sumber


Minggu, 22 Desember 2013

Sony Terbitkan Video Nyah Kotak Ringkas Untuk PlayStation 4


Konsol permainan PlayStation 4 bakal diperlihatkan disamping info berkaitan dengannya dijangka akan dikongsikan untuk pasaran Malaysia pada hari Khamis ini. Sementara menantikannya, kini pihak Sony telah pun menerbitkan video nyah-kotak mereka untuk konsol berkenaan.



Daripada video berkenaan, ia dilihat menyertakan konsol dengan storan 500gb, DualShock 4, kabel HDMI, kabel pengecas USB, AC Power Cord, headset mono, dan juga buku panduan.

Bungkusan yang diperlihatkan adalah untuk pasaran Amerika Syarikat, dan mungkin ia tidak jauh berbeza dengan pasaran Malaysia.

Sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Sony Malaysia pada hari Khamis ini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan konsol permainan terbaru mereka ini. - Amanz

Kamis, 19 Desember 2013

VIDEO Anak Aaron Aziz Menari Lagu Wonder Girls

Dahlia Arissa


Amboi kecil-kecil lagi dah tunjukkan bakat yang suatu hari nanti siapa tahu Dahlia Arissa ini bakal mengikut jejak langkah ayahnya.
Masakan tidak, dari mula lagu Nobody nyanyian Wonder Girls ini berkumandang sehinggalah habis Dahlia Arissa atau lebih mesra dipanggil Ahlia ni tidak henti-henti menari.
Sudahlah pandai menari, tidak malu pula tu, selamba je dia tunjukkan bakatnya itu.
Sebenarnya, darah yang mengalir dalam tubuh Ahlia itu sedikit sebanyak mengikut jejak langkah Aaron Aziz.
Aaron kan mempunyai darah seni jadi tidak mustahil apabila suatu hari nanti anaknya akan ikut jejak langkah sepertinya.
Kalau bukan dalam bidang lakonan pun, bidang tarian pun apa salahnya.
Dahlia Arissa merupakan puteri bongsu kepada pelakon dan pengacara kacak idaman Malaya.
Layankan video ini… Pandai betul dia menari.

Senin, 16 Desember 2013

Ketua Sekretariat Pakatan 2 saksi video lucah ditahan

Keadilan Daily, 19 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.