Tampilkan postingan dengan label pakatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pakatan. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Pakatan tawarkan jala kepada nelayan wang tunai untuk pemandu teksi

Oleh Opalyn Mok
April 11, 2013
GEORGE TOWN, 11 April — Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang menawarkan pemberian kepada nelayan laut cetek dan pemandu teksi dalam Manifesto Pulau Pinang yang akan diumumkan Isnin depan. Memberikan sedikit daripada intipati daripada manifesto, Pengerusi PR Pulau Pinang Lim Guan Eng mengatakan diantara janji adalah jala untuk nelayan laut cetek negeri tersebut. “Kami akan berikan jala kepada nelayan laut cetek dua kali setahun,” katanya. Terdapat kira-kira 5,000 nelayan yang akan mendapat manfaat daripada ini. 
The Malaysian Insider

Senin, 16 Desember 2013

Ketua Sekretariat Pakatan 2 saksi video lucah ditahan

Keadilan Daily, 19 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.