Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Telepon Polis Hingga 15 Ribu Kali kerana Kesepian Wanita Ini Ditangkap

5 Dis 2013
 
Ilustrasi (Reuters)
Tokyo - Polis Jepun menangkap seorang wanita kerana kerap menghubungi mereka. Bagaimana tidak mengganggu, kerana wanita ini menghubungi polis  lebih dari 15 ribu kali selama 6 bulan terakhir.

Seperti dilansir AFP, Kamis (5/12/2013),  polis  telah berkali-kali mendatangi rumah wanita berusia 44 tahun dan memintanya untuk berhenti melakukan aksi tersebut. Namun ketika bulan Mei, wanita ini kembali melakukan aksinya tanpa henti, polis  terpaksa melakukan penangkapan.

"Dia telah melakukan panggilan darurat sebanyak 927 kali dalam satu hari... sangat mengganggu kerja polis ," ucap seorang pegawai   polis  kota Sakai yang tidak disebut namanya.

Entah apa yang memotivasi wanita ini melakukan aksi tersebut. Otoriti  setempat telah mengesampingkan dugaan gangguan mental atas perilaku aneh wanita ini. Setiap panggilan darurat yang disampaikannya tidak dimaksudkan secara serius.

"Dia tidak mengarang cerita yang membuat kami meresponnya -- hanya saja itu benar-benar seperti orang tidak ada kerja ," tambah pegawai tersebut.

"Kami mendatangi rumahnya sekitar 60 kali sebelum akhirnya menangkapnya, kami mulanya berusaha memujuknya untuk tidak menelepon kami  . Saya merasa mungkin dia hanya kesepian," tuturnya.

Wanita yang tidak disebut namanya ini dijerat dakwaan menghalang-halangi tugas polis. Jika dinyatakan bersalah, dia terancam hukuman maksima 3 tahun penjara atau hukuman denda hingga 500 ribu Yen  .detikNews

Kamis, 26 Desember 2013

Polis tangkap lelaki godam akaun e mail dan Facebook

kosmo online

MANILA - Polis Filipina semalam menangkap seorang lelaki yang didakwa menggodam akaun e-mel dan Facebook bekas teman wanitanya dengan tujuan untuk mengugut mangsa supaya melakukan hubungan seks dengannya.
Polis dalam satu kenyataan memberitahu, Joewell Santos Chan, 28, telah menukar kata laluan mangsa dan meminta habuan seks sebagai pertukaran untuk kata laluan baharu tersebut.
Lelaki itu ditangkap pada minggu lalu dalam satu operasi polis selepas mangsa membuat aduan.
Mangsa berpisah dengan Chan pada tahun lalu.
"Suspek meminta seks sebagai pertukaran untuk kata laluan mangsa. Ketika itu, mangsa membuat aduan polis kerana bimbang dia akan terus ditipu oleh suspek," kata kenyataan pihak berkuasa.
Polis yang tidak mendedahkan usia mangsa, menyatakan mereka menemui beberapa mesej ugutan yang dihantar ke telefon bimbitnya.
Beberapa gambar mangsa dalam keadaan memalukan yang dirakamkan ketika dia tidak sedarkan diri turut ditemui.
Ekoran penangkapannya, Chan didakwa kerana menggodam dan melakukan penderaan terhadap wanita.
Menurut polis, dia boleh dipenjara selama enam tahun jika didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut. - AFP