Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014

Lelaki yang menyebabkan kesesakan jalanraya ditangkap

Ilustrasi: Drive
Ilustrasi: Drive
SYDNEY - Gara-gara menimbulkan kesesakan lalu lintas, seorang pelaki bogel di Australia ditangkap. Lelaki ini pun dilaporkan mengaktifkan sejumlah perangkat kebakaran di sepanjang jalan yang dilaluinya.

"Seorang Lelaki  dalam kondisi telanjang dilaporkan berlari melintasi jambatan Sydney Harbour sekira pukul 6 petang. Lelaki  itu juga mengaktifkan sejumlah perangkat kebakaran di sepanjang jalan," ujar Juru Cakap Polis Sydney, seperti dilansir The Telegraph dan dikutip Upi, Khamis (9/8/2012).

"Setelah mengejarnya dengan berjalan kaki akhirnya dia bertinjauan kami tangkap," ujar Jubir itu.

Insiden lelaki bogel  berlari-lari di jambatan dan sepanjang jalan ini sendiri bertinjauan menarik perhatian warga sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas yang cukup panjang.

Lelaki itu  yang tidak diketahui identitinya ini pun segera dibawa ke rumah sakit untuk diperiksa kondisi kejiwaannya. Namun tidak diketahui pasti mengapa lelaki  itu nekat melakukan aksi tersebut.(rhs)

Kamis, 26 Desember 2013

Polis tangkap lelaki godam akaun e mail dan Facebook

kosmo online

MANILA - Polis Filipina semalam menangkap seorang lelaki yang didakwa menggodam akaun e-mel dan Facebook bekas teman wanitanya dengan tujuan untuk mengugut mangsa supaya melakukan hubungan seks dengannya.
Polis dalam satu kenyataan memberitahu, Joewell Santos Chan, 28, telah menukar kata laluan mangsa dan meminta habuan seks sebagai pertukaran untuk kata laluan baharu tersebut.
Lelaki itu ditangkap pada minggu lalu dalam satu operasi polis selepas mangsa membuat aduan.
Mangsa berpisah dengan Chan pada tahun lalu.
"Suspek meminta seks sebagai pertukaran untuk kata laluan mangsa. Ketika itu, mangsa membuat aduan polis kerana bimbang dia akan terus ditipu oleh suspek," kata kenyataan pihak berkuasa.
Polis yang tidak mendedahkan usia mangsa, menyatakan mereka menemui beberapa mesej ugutan yang dihantar ke telefon bimbitnya.
Beberapa gambar mangsa dalam keadaan memalukan yang dirakamkan ketika dia tidak sedarkan diri turut ditemui.
Ekoran penangkapannya, Chan didakwa kerana menggodam dan melakukan penderaan terhadap wanita.
Menurut polis, dia boleh dipenjara selama enam tahun jika didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut. - AFP