Tampilkan postingan dengan label rumah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rumah. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Majlis Rumah Terbuka ATM PDRM 1 September


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri secara bersama pada 1 September ini.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, majlis tersebut akan diadakan di perkarangan Muzium Diraja di Istana Negara lama di sini.

“Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ATM dan PDRM ini dijadual berlangsung dari pukul 2 hingga 5 petang.

“Ia salah satu program National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan merupakan aktiviti kedua-dua pasukan keselamatan dalam usaha mendekati masyarakat umum,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut.

Turut dijadual hadir ke majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Justeru Kementerian Pertahanan mengalu-alukan orang ramai untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ATM dan PDRM pada 1 September ini bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Sabtu, 15 Februari 2014

Suspek Pecah Rumah Berseluar Dalam Parah Dibelasah Orang Kampung


KUALA LIPIS – Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, suspek yang juga warga asing berusia 30an menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat parah di kepala dan badan ketika bergelut dengan jiran mangsa.

Difahamkan, semasa memecah masuk rumah mangsa, suspek bersama dua lagi rakan memakai baju dan seluar dalam serta mengikat tangkal di bahagian pinggang bagi melindungi diri.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian rompakan di rumah kedai milik Kamarudin Yusof, 42, di Kampung Berchang.

Dalam kejadian jam 3 pagi Rabu lalu, tiga suspek dipercayai warga asing bertindak memecah masuk rumah kedai yang didiami empat sekeluarga dalam satu kejadian rompakan bersenjata.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, suspek dipercayai memotong bahagian besi tingkap sebelum memecah masuk rumah dan mencederakan mangsa menggunakan kayu dan parang.
Menurutnya, suspek yang tidak sempat menggeledah rumah mangsa bertindak melarikan diri setelah bunyi bising dari arah halaman rumah.

Beliau berkata, seorang daripada suspek bergelut dengan jiran mangsa yang datang membantu dan dalam pergelutan itu suspek serta jiran mangsa mengalami kecederaan.

“Dua lagi suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) untuk mengesan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan.
Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan. – SINAR HARIAN

Minggu, 08 Desember 2013

Doa Minta Rumah Oleh Mario Teguh

 

Doa Minta Rumah Oleh Mario Teguh

 

DOA MINTA RUMAH

Katakanlah Aamiin atau Like,

jika Anda juga meminta sebuah rumah dari Tuhan ...

Tuhanku Yang Maha Kaya,

Malam ini aku memohon sebuah rumah dariMu,

yang tidak harus besar, tapi aman, sehat, asri,

dan melindungi kami dari terik matahari

dan basahnya hujan.

Tuhan, jika pendapatanku kurang,

mohon selipkanlah uang ke rekening dan tas kami,

yang tidak kami sadari

tapi yang membesarkan kesyukuran kami.

Jauhkanlah kami dari kebiasaan memanjakan gengsi

yang merusak tabungan kami.

Dekatkanlah kami ke pekerjaan dan pergaulan

yang meningkatkan kemampuan kami

untuk menghasilkan uang,

yang memampukan kami membeli rumah itu.

Engkau tahu betapa hati ini pedih dengan kerinduan

untuk menerima jawaban dari permintaanku ini,

maka kabulkanlah ya Tuhanku.

Aamiin

Tuhan, berilah aku sebuah rumah.

Aamiin

 

[mario teguh]