Tampilkan postingan dengan label esok. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label esok. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

Liga Juara Juara Bermula Awal Pagi Esok


SAINGAN peringkat kumpulan kejohanan utama Eropah, Liga Juara-Juara akan memulakan sepak mulanya, jam 2.45 pagi esok dengan lapan perlawanan bakal berlangsung.

Kumpulan A menyaksikan Manchester United kendalian David Moyes menanti kunjungan Bayer Leverkusen di Old Trafford manakala Real Sociedad berdepan Shakhtar Donetsk di laman sendiri.

Saingan Kumpulan B pula bakal menyaksikan Juventus bertandang ke FC Copenhagen manakala Real Madrid yang kini dibimbing Carlo Ancelotti berkunjung ke Galatasaray.

Bagi Kumpulan C, Benfica berdepan Anderlecht di laman sendiri manakala Olympiakos menanti kehadiran Paris Saint-Germain.

Manakala Kumpulan D, juara bertahan Bayern Munich yang kini dikendalikan Pep Guardiola menanti kunjungan CSKA Moscow manakala Manchester City bertandang ke Viktoria Plzen.

Lapan lagi baki perlawanan bagi Kumpulan E, F, G dan H pula bakal berlangsung, awal pagi Khamis ini, antaranya menyaksikan Chelsea bertemu FC Basel, Marseille bertemu Arsenal, Napoli bertemu Borussia Dortmund dan Barcelona bertemu Ajax.

Selasa, 11 Februari 2014

Shila Amzah sah nyanyi di Pulau Pinang esok

GEORGETOWN - Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang. Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong. Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan. “Apabila membaca laporan akhbar berkenaan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga membuatkan dia (Shila) menghilangkan diri selama enam hari, pihak kami menerima banyak panggilan yang bertanya tentang kehadirannya pada majlis rumah terbuka esok.

"Bagaimanapun, apabila saya menghubungi pengurusnya tadi, beliau memaklumkan Shila akan hadir dan membuat persembahan khas untuk pengunjung khasnya rakyat negeri Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini. Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir. Menurutnya, beliau akan memaklumkan sendiri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal.